Masjid Jami’ul Ehsan – Setapak Kuala Lumpur
Nama Masjid | : | Masjid Jami’ul Ehsan |
Lokasi | : | Setapak Kuala Lumpur |
Tarikh Shoot | : | 15 Jan 2011 / 9 Safar 1432 |
Kamera | : | Canon PowerShot A2000 IS |
Koordinat | : | 3°11’16″N 101°42’9″E |
Alamat | : |
Masjid Jami’ul Ehsan Pekan Setapak, 53000, Kuala Lumpur |
LOKASI
LATAR BELAKANG DAN SEJARAH MASJID JAMI’UL EHSAN
Sumber artikel dipetik dari:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0630&pub=kosmo&sec=rencana_utama&pg=ru_01.htm
Masjid Jami’ul Ehsan pula merupakan salah sebuah masjid tertua dalam sejarah di Kuala Lumpur. Masjid ini asalnya dibina daripada kayu dengan atap berbumbung piramid. Ia dipercayai didirikan di Kampung Puah, Setapak pada tahun 1879 atau lebih awal daripada itu.
Pada tahun 1900 dan diketuai oleh Penghulu Datuk Sati, masjid itu ditempatkan semula di Lot 2772 yang terletak di belakang pasar Setapak. Ia kemudian sekali lagi dipindahkan ke tapak yang asal sekarang pada tahun 1920 dan masih mengekalkan struktur asli bangunan tersebut.
Menariknya, pembinaan masjid asal Jami’ul Ehsan ini tidak menggunakan paku. Justeru, ia memudahkan penduduk untuk memindahkannya.
Proses pemuliharaan telah dijalankan di kawasan masjid ini sejak 2006.
Sepanjang proses tersebut, banyak artifak-artifak lama ditemui di sekitar kawasan masjid tersebut. Antaranya termasuklah penemuan kayu pemukul beduk dan batu nisan yang dipercayai berusia ratusan tahun serta pecahan porselin dan seramik Eropah lama yang tertanam di masjid ini.
Barangan ini diyakini berasal dari Belanda. Ini kerana corak dan motif yang digunakan pada barangan porselin itu mirip kepada gaya Belanda. Terdapat banyak nilai sejarah yang perlu dipertahankan di Masjid Jami’ul Ehsan ini.
August 23rd, 2011 at 11:07 am
en.kamil zam nak mintak pakai satu gambo masjid yer… nak buat kad raya…
August 23rd, 2011 at 11:49 am
OK.. dah siap kad raya tu boleh bagi kat saya.. 🙂