Masjid Shaifudin Ahmad Shah Iskandar – Kampung Sungai Manila Hutan Melintang Perak
Nama Masjid: Masjid Shaifudin Ahmad Shah Iskandar
Lokasi: Kampung Sungai Manila, Hutan Melintang Perak
Tarikh Shoot: 12 Februari 2003 & 25 Mac 2012 (3 Jamadil Awal 1433)
Kamera: Sony Cybershot & Canon PowerShot A2000 IS
Koordinat:3°45’49″N 101°6’5″E
Gambar Masjid Tahun 2003 Ini Pernah di paparkan pada Jan 17, 2009 @ 22:57
Gambar Masjid Terkini (Mac 2012)
LOKASI
LATAR BELAKANG DAN SEJARAH MASJID SHAIFUDIN AHMAD SHAH ISKANDAR
Masjid Shaifudin Ahmad Shah Iskandar, Kampung Sungai Manila, Hutan Melintang Perak mula dibina ditapak masjid ini pada tahun 1970. Ia dibina dengan hasil gotong royong penduduk kampung dan siap dibina pada 24 Mei 1970 bersamaan 19 Rabiul Awal 1390.
Pada tahun 1987, Masjid ini dibesarkan dengan tambahan bangunan baru yang telah dirasmikan oleh Raja Muda Perak pada ketika itu iaitu Almarhum Raja Ahmad Saifuddin Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kadassallah pada tahun 1987 beberapa bulan sebelum kemangkatan baginda.
Pada tahun 2011, pengubahsuaian besar-besaran Masjid ini telah dijalankan dan telah melenyapkan bentuk asal masjid ini.
Masjid Shaifudin Ahmad Shah Iskandar - Kampung Sungai Manila Hutan Melintang Perak,