Masjid India Kuala Lumpur – Jalan Masjid India, Kuala Lumpur

Nama Masjid: Masjid India Kuala Lumpur
Lokasi: Jalan Masjid India, Kuala Lumpur
Tarikh Shoot: 15 Oktober 2012 /29 Zulkaedah 1433
Kamera:
 iPhone 4S
Laman Web: http://www.masjidindia.com
Koordinat:    3°9’5″N 101°41’46″E

india_09

india_01 india_01 india_01 india_01 india_01 india_01 india_01 india_01

LOKASI


LATAR BELAKANG DAN SEJARAH MASJID INDIA KUALA LUMPUR
Sumber artikel dipetik dan diterjemah dari: http://www.masjidindia.com/ourmasjid.html

Masjid India telah dibina pada tahun 1983. Ia pada mulanya dibina menggunakan struktur kayu. Komuniti masarakat India Muslim yang berniaga di premis sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (Batu Road), Jalan Tun Perak (Jalan Jawa) dan kawasan-kawasan yang berhampiran adalah penyumbang utama dalam pembiayaan Masjid ini. Struktur kayu asal telah dirobohkan pada tahun 1963 dan digantikan dengan bangunan baru tiga tingkat.

 

Lebih 136 tahun yang lalu, Masjid India telah berkembang sehingga kini sebagai Masjid utama bagi masyarakat India Muslim. Penyertaan masyarakat lain dalam aktiviti masjid juga telah meningkat sejak beberapa tahun lalu, mencerminkan perubahan komposisi sosial kawasan itu.

 

Pada tahun 1999 pengubahsuaian besar-besaran berlaku. Bahagian bawah tanah telah dibina untuk menyediakan lebih banyak tandas dan ruang untuk berwuduk. Ruang tambahan untuk solat telah ditambah di atas ruangan bawah tanah. Ruang wuduk berasingan dan kemudahan tandas untuk wanita juga disediakan.

 

Pada tahun 2002, bangunan masjid keseluruhan telah diberi wajah baru dengan dihiasi mar-mar.

 

Masjid India telah kekal sebagai titik tumpuan untuk pelbagai aktiviti keagamaan dan juga diterbitkan dan diedarkan risalah mengenai Zakat, Puasa dan Haji untuk manfaat masyarakat Islam.

 

Lebih banyak kondominium telah dibina dalam jarak berjalan kaki dari masjid. Kehadiran pelancong tempatan dan asing juga meningkat. Ini meningkatkan keperluan untuk ruang kemudahan dan banyak lagi. Ramai yang menunaikan solat Jumaat berjemaah ditepi-tepi jalan kerana ruang yang tidak mencukupi. Salah satu penyelesaian yang boleh dilakukan adalah mendapatkan bangunan bersebelahan dan menjadikan sebahagian daripada masjid.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.8/10 (4 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Masjid India Kuala Lumpur - Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, 7.8 out of 10 based on 4 ratings
No ResponsesFebruary 12th, 2013

Leave a Reply

Security Code: