Masjid AlBukhary – Kompleks Yayasan AlBukhary, Alor Star Kedah
Nama Masjid | : | Masjid AlBukhary |
Lokasi | : | Kompleks Yayasan AlBukhary, Alor Star, Kedah |
Tarikh Shoot | : | 12 Disember 2009 / 24 Zulhijjah 1430 |
Kamera | : | Canon PowerShot A2000 IS |
Koordinat | : | 6°7’56″N 100°23’15″E |
Alamat | : |
Masjid ALBukhary, Kompleks Yayasan Al-Bukhary, Jalan Langgar, 05200, Alor Setar, Kedah Darul Aman. |
LOKASI
LATAR BELAKANG DAN SEJARAH MASJID ALBUKHARY
Masjid AlBukhary terletak di Jalan Langgar Alor Setar Kedah berdekatan dengan Souq AlBukhary yang menempatkan Pasaraya Giant. Masjid yang indah ini dibina oleh Yayasan Al Bukhary yang menjadi sebahagian daripada Kompleks Al-Bukhary di persimpangan Jalan Tuan Abdul Razak dan Jalan Langgar terdiri daripada Pusat Perdagangan Souq Al-Bukhary, Pusat Rawatan/Perubatan Al-Bukhary, Pusat komuniti rumah anak-anak yatim dan warga tua dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary.
Tulang belakang kepada pembinaan Kompleks Masjid raksasa ini ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary iaitu seorang hartawan Malaysia yang terkenal dengan kemurahan hatinya yang dengan menderma dan kerja-kerja amal.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah berketurunan Yaman yang dilahirkan di Alor Setar Kedah pada 1951. Beliau telah memulakan perniagaan sejak berumur 19 tahun dengan urusniaga jual beli lembu dan kerbau.
Kompleks Yayasan Al-Bukhary yang berkonsepkan pondok moden dibina dengan kos RM400 juta dengan keluasan 11.6 hektar dan siap sepenuhnya pada tahun 2004. Kompleks berkenaan dibina di atas tanah asal milik datuknya dan Masjid tersebut juga asalnya dibina oleh datuknya. Projek pembinaan Universiti Antarabangsa Albukhary bernilai RM500 juta yang boleh menampung 3,000 pelajar siap dibangunkan pada tahun 2009.