Masjid Al-Hussain (Masjid Terapung) – Kuala Perlis, Perlis

Nama Masjid: Masjid Al-Hussain (Masjid Terapung)
Lokasi: Kuala Perlis, Perlis
Tarikh Shoot: 14 Disember 2011 / 19 Muharram 1433
Kamera: Canon PowerShot A2000 IS
Koordinat: 6°23’49″N 100°7’39″E

Masjid Al-Hussain - Kuala Perlis

Masjid Al-Hussain - Kuala Perlis Masjid Al-Hussain - Kuala Perlis Masjid Al-Hussain - Kuala Perlis Masjid Al-Hussain - Kuala Perlis Masjid Al-Hussain - Kuala Perlis Masjid Al-Hussain - Kuala Perlis Masjid Al-Hussain - Kuala Perlis Masjid Al-Hussain - Kuala Perlis Masjid Al-Hussain - Kuala Perlis Masjid Al-Hussain - Kuala Perlis Masjid Al-Hussain - Kuala Perlis Masjid Al-Hussain - Kuala Perlis Masjid Al-Hussain - Kuala Perlis Masjid Al-Hussain - Kuala Perlis

LOKASI


LATAR BELAKANG DAN SEJARAH MASJID AL-HUSSAIN

Sumber artikel dipetik dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Al_Hussain,_Kuala_Perlis

Masjid Al Hussain, Kuala Perlis merupakan suatu binaan masjid terapung yang dibina berhampiran Jeti Kuala Perlis, Perlis, Malaysia. Masjid ini telah dibina di tepi pantai Kuala Perlis menghadap laut Selat Melaka. Ia telah dibina hasil sumbangan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf dan dibuka 8 Ogos 2011. Imam Masjid Al Hussain kini ialah Mohammad Dhiya’al Hafidh Fatah Yasin. Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis ini mengambil masa selama empat (4) tahun untuk disiapkan dengan kos kira-kira RM 12 juta. Sebahagian daripada binaannya menganjur ke laut Selat Melaka. Resort tropika moden ialah tema seni bina yang ditonjolkan menerusi sentuhan artistik pada masjid itu. Konsep tersebut telah diterjemahkan pada laman dan suasana santai menerusi persekitaran masjid tersebut.

Senibina
Menariknya Masjid yang menjadi ikon baru Kuala Perlis itu telah diilhamkan Raja Muda Perlis, iaitu Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail. Abang kepada Ariffin, Datuk Dr. Mohd. Hussain meninggal dunia pada tahun 1999 sebelum sempat dia menunaikan hajat untuk membina sebuah masjid. Oleh kerana itulah selepas siap dibina, masjid itu dinamakan sempena nama abangnya itu.

Bagi mewujudkan sentuhan alami yang diadaptasikan oleh faktor persekitarannya yang berlatar-belakangkan pantai dan lautan, dinding masjid tidak dicat sebaliknya sekadar menggunakan batu-batuan jenis koral, kuartz, granit, marmar dan pebbles.

Masjid ini memiliki ciri-ciri binaan yang mudah dijaga dan tahan lasak selain unik rekaannya.

Sebuah wakaf didirikan di dataran masjid. Para jamaah dan pengunjung juga boleh berehat di sepanjang tembok sambil menghadap ke laut. Tiga batang pokok kurma yang didatangkan khas dari Tanah Arab menyuntik elemen Asia Barat di laman masjid.

Ciri luaran utama Masjid Al Hussain ialah kubahnya yang berwarna kuning keemasan beserta motif biru yang sinonim dengan warna rasmi negeri Perlis.

Kubah tersebut diperbuat daripada dua lapisan aluminium dan diselaputi dengan lapisan polyvinvyl double fluoride (PVDF) yang diimport dari Jepun.

Keunikan menara
Masjid terapung tersebut juga memiliki menara puncak berkembar berbentuk heksagon atau segi enam pertama di dunia. Pembinaannya merupakan simbolik bahawa semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa.

Ia dianggap unik kerana, pada setiap kali masuk waktu solat, pancaran cahaya dengan warna tertentu seperti merah, biru, putih dan hijau akan dinyalakan, sekaligus memberi suatu petunjuk kepada para nelayan di laut bahawa telah masuk waktu solat, selain menjadi petunjuk daratan kepada para nelayan yang nun jauh ke tengah lautan. Warna-warna tersebut juga turut menyerikan menara berkembar masjid itu.

Lampu biru menandakan waktu Solat Subuh dan Solat Maghrib manakala hijau adalah Solat Isyak. Menara itu boleh dilihat dari jarak 10 kilometer.

Dewan solat
Sebelum sampai ke ruang dalam masjid, para jamaah akan melintasi sebuah jambatan sepanjang 50 meter yang menghubungkan daratan dan bangunan masjid tersebut.

Dalam dewan solat pula, terdapat kemudahan penghawa dingin yang pastinya mendinginkan persekitaran dalaman masjid supaya membangkitkan rasa keselesaan untuk beribadah, selain itu, batuan dinding masjid yang tertera tulisan ayat-ayat suci al-Quran turut mewujudkan kesinambungan nilai-nilai Islam dalam seni dekoratif masjid..

Tulisan tersebut kebanyakannya menggunakan kaligrafi khufi iaitu seni ukiran dari Uzbekistan dengan tukangnya didatangkan dari negara tersebut.

Reka bentuk dalaman kubah masjid begitu indah dengan beraneka corak bunga-bungaan dan geometri berwarna biru emas dalam ukiran Ganch daripada seni Islam Uzbekistan zaman silam. Di puncak dalaman kubah tersebut membulat diukir kalimah Allah sementara bahagian bawahnya bercorak bintang lima penjuru yang melambangkan lima Rukan Islam yang ditulis dalam lima bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Cina dan bahasa Tamil.

Masjid ini juga boleh dilawati oleh orang bukan Islam kerana salah satu fungsinya ialah sebagai produk tarikan pelancongan negeri.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.2/10 (5 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +3 (from 5 votes)
Masjid Al-Hussain (Masjid Terapung) - Kuala Perlis, Perlis, 8.2 out of 10 based on 5 ratings
No ResponsesMarch 15th, 2012

Leave a Reply

Security Code: