Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) – Kuala Terengganu

Nama Masjid : Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung)
Lokasi : Kuala Terengganu, Terengganu
Tarikh Shoot : 10 Disember 2009 / 22 Zulhijjah 1430
Kamera : Canon PowerShot A2000 IS0
Koordinat : 5°17’2″N 103°10’14″E
 
HUBUNGI MASJID
Alamat : Masjid Tengku Tengah Zaharah,
Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

LOKASI


LATAR BELAKANG DAN SEJARAH MASJID TERAPUNG
Sumber artikel: http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Tengku_Tengah_Zaharah

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.

 
Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.

 
Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.

 
Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan.

 
Dengan gabungan hiasan taman, warna langit yang membiru, kilauan cahaya matahari dari permukaan air yang mengelilingi masjid itu serta tiupan angin dari Laut China Selatan, pastinya ia menjadi masjid yang paling nyaman dan mendamaikan memberi erti betapa keagungan syiar Islam terangkum dalam suatu bentuk tamadun yang terus berkembang.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.9/10 (19 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +9 (from 11 votes)
Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) - Kuala Terengganu, 8.9 out of 10 based on 19 ratings
3 ResponsesFebruary 9th, 2010

3 Responses to “Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) – Kuala Terengganu”

  1. PUTERI NABILAA BT MEGAT SAIFUL

    sungguh cantik masjid terapung ni. dan boleh menempatkan seramai 1000 jemaah. subahanaallah, alhamdulillah

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 5.0/5 (2 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +4 (from 4 votes)
  2. eyra syera

    cantik masjid tengku tengah zahara..

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 5.0/5 (1 vote cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +1 (from 1 vote)
  3. Abdul Jalil Bin Hj Limat

    Masjid nampak okay…..menarik, tahniah! Tapi sudah aggak nampak kabut sikit…. mungkin tak ada service/ maintenance. Sedih saya tengok…. Suruh kerajaan tengok, kalau betul-betul memperjuangkan Islam……

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply

Security Code: