Masjid Sultan Ismail Petra – Kubang Kerian, Kelantan

Nama Masjid: Masjid Sultan Ismail Petra
Lokasi: Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan
Tarikh Shoot: 15 mac 2009 / 18 Rabiulawal 1430
Kamera: Canon PowerShot A2000 IS
Koordinat: 6°5’38″N   102°16’28″E

HUBUNGI MASJID
Alamat:
Masjid Sultan Ismail Petra,
Daerah Banggu,
16150 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
Laman web: http://www.masjidasip.e-maik.my


LOKASI



LATARLAKANG DAN SEJARAH MASJID SULTAN ISMAIL PETRA
Sumber artikel: http://www.masjidasip.e-maik.my/index.php?option=com_content&view=article&id=11&Itemid=11

Pembinaannya bermula pada tahun 1986 oleh seorang individu yang bernama Tan Sri Ibrahim bin Mohamad dari Kampung Putih, Telipot. Proses pembinaan masjid ini tergendala oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Selain itu, beliau juga telah berpindah ke Kuala Lumpur.

Pada tahun 1988, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK) telah menyambung pembinaannya dengan perbelanjaan daripada MAIK dan sumbangan orang ramai yang berjumlah RM15 juta.
Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian telah disempurnakan pembukaannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ismail Petra ibni Al-marhum Sultan Yahya Petra, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim pada 8 Safar 1413 hijrah bersamaan 7 Ogos 1992 Masihi.

Lokasinya 5 km dari pusat bandar Kota Bharu, berhampiran dengan Istana Negeri, Istana Mahkota dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Masjid ini dapat menampung seramai 3 000 jemaah untuk ruang solat utama manakala serambi kanan, kiri dan belakang serta tingkat atas pula dapat menampung seramai 2 000 orang jemaah.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.5/10 (6 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +4 (from 4 votes)
Masjid Sultan Ismail Petra - Kubang Kerian, Kelantan, 7.5 out of 10 based on 6 ratings
One ResponseApril 12th, 2009

One Response to “Masjid Sultan Ismail Petra – Kubang Kerian, Kelantan”

  1. triwik

    Foto-foto yang bagus, luar biasa..trimakasih jadi tambah nich koleksi foto masjid ku..

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply

Security Code: