Masjid Ahmadiah – Kampung Kepayang, Sungai Raya, Simpang Pulai Ipoh, Perak

Nama Masjid: Masjid Ahmadiah
Lokasi: Kampung Kepayang, Sungai Raya, Simpang Pulai Ipoh, Perak
Tarikh Shoot: 12 Mac 2011 / 7 Rabiul Akhir 1432
Kamera: Canon PowerShot A2000 IS
Koordinat: 4°31’6″N 101°8’9″E

Alamat: Masjid Ahmadiah
Kampung Kepayang,
Kg. Sungai Raya,
31300 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

LOKASI

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH MASJID AHMADIAH

Sumber artikel dipetik dari:  http://ieshamww2.blogspot.com/2011/05/jejak-masjid-bersejarah-di-perak-masjid_28.html

Jika melalui jalan utama Ipoh-Gopeng berhampiran Kampung Kepayang, Simpang Pulai, kita pasti akan terpandang akan sebuah masjid lama yang berwarna hijau. Masjid ini diberi nama Masjid Ahmadiah sempena nama Toh Sedewa Diraja Ahmad. Beliau merupakan pembesar Melayu di kawasan ini dan juga Orang Besar Enam Belas.

Kegemilangan perlombongan bijih timah di Kampung Kepayang dan Simpang Pulai pada akhir abad ke-19 telah mencetuskan pembinaan masjid ini oleh Toh Sedewa Ahmad. Menurut catatan yang terdapat pada bangunan masjid ini tertera tahun pembinaannya ialah pada tahun 1905.

Bangunan masjid ini berbentuk segi empat panjang, mempunyai sebuah mihrab, dikelilingi dengan verendah dan memiliki sebuah dewan solat utama. Keunikan masjid yang diperbuat daripada papan dan kayu ini mirip akan Masjid Kampung Laut di Kota Bharu, Kelantan.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.0/10 (2 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Masjid Ahmadiah - Kampung Kepayang, Sungai Raya, Simpang Pulai Ipoh, Perak, 8.0 out of 10 based on 2 ratings
No ResponsesMarch 18th, 2011

Leave a Reply

Security Code: