Masjid Langgar – Kota Bharu Kelantan

Nama Masjid : Masjid Langgar
Lokasi : Kota Bharu, Kelantan
Tarikh Shoot : 5 April 2009 / 9 Rabiulakhir 1430
Kamera : Canon PowerShot A2000 IS
Koordinat : 6°6’57″N   102°14’59″E
 
HUBUNGI MASJID
Alamat : Masjid Langgar,
Daerah Kota Baharu-Bandar,
15200 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
Laman web : http://masjidlanggar.e-maik.my



LOKASI


LATAR BELAKANG DAN SEJARAH MASJID LANGGAR
Sumber artikel:
http://www.masjidlanggar.e-maik.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5&Itemid=2

Masjid Kampung Langgar, Kelantan merupakan salah satu masjid di Malaysia yang menggambarkan perkaitan dengan corak kehidupan di raja.

 
Terdapat sebuah kawasan perkuburan bersebelahan masjid ini yang dikhaskan untuk golongan kerabat di raja Kelantan.

 
Sejarah dan asal-usul pembinaan

Salah seorang waris terawal dalam keluarga kerabat diraja Kelantan ini ialah Long Yunus yang berjaya menyatukan kesemua jajahan takluk Kelantan pada tahun 1756. Namun begitu selepas kemangkatan baginda di Pelabuhan Galoh, Sireh beliau telah dimakamkan di kawasan perkuburan yang digelar ‘langgar’. Kawasan ini dibangunkan dan dijadikan sebagai tanah perkuburan yang dikhaskan untuk orang kenamaan. Penempatan mulai dibuka dan ramai penduduk berhijrah ke kawasan ini. Oleh itu sebuah masjid didirikan pada akhir tahun 1870an semasa berlakunya peperangan saudara di antara kerabat diraja Kelantan tetapi telah berjaya dimenangi oleh Long Senik.

 
Semasa Long Senik mangkat pada tahun 1886, mayat beliau telah disemadikan di kawasan perkuburan di raja ini yang terletak bersebelahan dengan masjid ini.

 
Perancangan dan konsep rekabentuk

Masjid Langgar ini mempunyai struktur reka bentuk yang memanjang iaitu lebih kurang dua kali panjangnya dari ukuran lebarnya. Ia ditutupi dengan bumbung tiga lapis bertingkat dan bahagian puncaknya dihiasi dengan tebar layar yang disokong oleh bumbung berlapis dua tingkat yang memepat antara satu sama lain. Terdapat kayu bersilang atau ‘pemeleh’ iaitu papan pemuka lebar yang diletakkan pada bahagian tepi tebar layar ini.

 
Bumbung berlapis tiga tingkat ini tidak mempunyai sebarang pembukaan di antaranya yang membolehkan per edaran udara dan pencahayaan semula jadi. Masjid ini mempunyai satu ruang utama. Hampir keseluruhan dari ruang lantainya dikelilingi oleh panel dinding yang diukir. Dinding panel ini mengelilingi kawasan mihrab dan ia merupakan kawasan yang paling ketara dalam masjid kerana aras lantainya ditinggikan.

 
Ruang ini dikhaskan untuk golongan kerabat diraja semasa lawatan mereka ke masjid ini. Ruang tertutup mempunyai pembukaan iaitu pintu di setiap tiga bahagian dindingnya kecuali di bahagian dinding mihrab dinding ini diukir dengan ayat al-Quran yang juga mengandungi kekisi bersilang yang dihiasi dengan corak yang formal sebagai lubang pengudaraan di atas setiap dindingnya. Bahagian yang kedua terdiri dari ruang anjung yang luas yang dikhaskan untuk golongan kebanyakan.

 
Dua bahagian serambi tersebut selalunya digunakan untuk kanak-kanak membaca al-Quran dan kelas agama. Setiap bahagian anjung ini dikelilingi oleh kayu pengadang melintang railing bagi memudahkan kanak-kanak menyandar semasa menjalankan aktiviti mereka. Upacara kenduri-kendara juga dijalankan di sepanjang ruang terbuka berhadapan dinding bertentangan mihrab. Bahagian belakang serambi dikhususkan untuk kaum wanita sahaja kerana aktiviti seperti memasak seringkali dijalankan semasa upacara keramaian ini. Ruang wuduk ini dipisahkan oleh sistem struktur yang berlainan tetapi masih dihubungkan dengan ruang masjid.

 
Keseluruhan ruang lantai utamanya ditinggikan daripada bahagian lain. Serambi di bahagian belakang agak rendah arasnya dari ruang serambi utama untuk mewujudkan hirarki dan perbezaan antara ruang terutamanya dari kawasan tertutup yang mana telah dikhaskan untuk kegunaan kerabat di raja.

 
Elemen reka bentuk dan bahan binaan

Struktur pembinaannya ialah daripada kayu cengal keras yang disokong oleh papak tiang konkrit. Jubin bumbungnya berasal dari Selatan China sewaktu negeri Kelantan terlibat dengan perdagangan di antara China dan Pattani. Masjid Langgar ini tidak mempunyai sebarang menara tetapi menggunakan sistem beduk tradisional untuk membuat pengumuman dan menyampaikan azan. Mimbar ini dikatakan sebagai takhta diraja yang dikhaskan untuk golongan atasan dan diukir dengan corak hiasan awan larat. Walau bagaimanapun jika dilihat pada corak ukirannya dan jenis struktur kayu kini, tidak terdapat sebarang perubahan dari tarikh asal pembinaannya.

 
Pembinaan Tambahan Bangunan Baru

Bagi Menampung Keperluan Jemaah Yang Ramai, bangunan Baru tambahan 3 Tingkat telah memulakan pembinan pada Januari 1985 dan telah siap pembinannya pada Julai 1987 yang memakan masa 2 tahun lebih.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
Masjid Langgar - Kota Bharu Kelantan, 10.0 out of 10 based on 1 rating
2 ResponsesApril 11th, 2009

2 Responses to “Masjid Langgar – Kota Bharu Kelantan”

  1. SEPULUH

    Salam 🙂

    ada tengok “DSTiNASi INSPiRASI” kat TV1 lepaih siri OLiMPiK kat tv 1…
    Cerita tentang MASJiD ni…

    Tanya Pak Lebai GUGEL… tu yg sampai sini tu…

    hihi

    Terima kasih dan wassalam…

    ^_^

    10 RAMADHAN 1433 H . TiGA PULUH JULAi 2012 .
    SERi TiOMAN 1 . 0605 H .
    ISNiN .

    ~i|i~ .
    .

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +1 (from 1 vote)
  2. SEPULUH

    Salam 🙂

    ada tengok \"DSTiNASi INSPiRASI\" kat TV1 lepaih siri OLiMPiK kat tv 1…
    Cerita tentang MASJiD ni…

    Tanya Pak Lebai GUGEL… tu yg sampai sini tu…

    hihi

    Terima kasih dan wassalam…

    ^_^

    10 RAMADHAN 1433 H . TiGA PULUH JULAi 2012 .
    SERi TiOMAN 1 . 0605 H .
    ISNiN .

    ~i|i~ .
    .

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply

Security Code: